Jumaat, 15 Ogos 2014

BUDI YANG BAIK HARUS DIKENANG... :)

     Assalamualaikum kepada pembaca blog ku yang setia… semalam adalah hari Jumaat… Saf sebenarnya nak ceritakan mengenai kebaikan seseorang yang bergitu asing bagi Saf yang orang lain mungkin susah nak buat begitu…. Perkara ini berlaku dekat dalam Masjid Sitiawan (Saf baru jer google nama masjid ini adalah Masjid An-Nasriyah ) .... hahaha.... ini gambar Masjid tu owesome tak...








MASJID AN-NASRIYAH, TAMAN MIN AUN 32000 SITIAWAN PERAK




      Nak-nak pulak waktu ketika itu waktu sembahyang Jumaat memang penuh la ruang dalam masjid dengan lambakan muslimin nak menunaikan Solat Jumaat…
   
     Nak dijadikan cerita pada pagi tu Saf dekat Office takde la sibuk sesangat sehingalah pada pukul 11.00 pagi mengejut jer kawan kerja minta tolong dia warnakan kertas pelan sebab petang ni dah nak kena hantar dah benda tu dekat Majlis Perbandaran Manjung (MPM)… nak-nak pulak kertas yang nak kena warna tu punya la banyak kalau tak tolong tak tahu la bila akan siap… so, tolong punya tolong dah tak sedar jam dah masuk pukul 1.00 tenghari…. Apalagi kelam kabut la Saf dibuatnya… hahaha… lepas jer siap kerja Saf terus je turun office capai motor… start ejin pecut ke masjid… Sampai-sampai jer dekat perkarangan Masjid tu seperti yang dah Saf jangkakan memang dah penuh sampai kena berdiri dekat tangga la dulu tunggu orang habis sembah yang sunat baru ade ruang nak masuk dalam masjid…

      Tapi macam biasalah berasak-asak waktu tu… Saf kalau boleh suka duduk dekat barisan depan sebab ade air-conditional malah ganjarannya juga besar, bak kata perpatah sambil menyelam, minum air… oleh kerana tak ade tempat nak duduk jadi Saf pun duduk antara barisan sembahyang… Saf baru jer duduk tak sampai lima minit tiba-tiba pelawa dua orang yang berbangsa Bangla menjemput Saf untuk turut duduk dalam barisan sembahyang antara mereka berdua yang sememangnya dah sempit… Tetapi dengan berkat Allah S.W.T. dapat juga Saf duduk dalam barisan sembahyang.Walau pun kami bertiga duduk dalam keadaan separa bersimpuh, kaki kanan tegak di dagu tetapi rasa amat selesa sambil mendengar keterangan khutbah Jumaat usai dilangsungkan…

      Antara perkara yang amat Saf kagum daripada peristiwa ini adalah sikap mereka sebagai seorang muslim yang amat bertimbang rasa akan kesempitan orang lain… sebenarnya masa Saf duduk dekat dalam masjid tu tidak la pulak Saf perasan yang depanSaf ni sebenarnya adalah warga asing… tetapi tiba-tiba jer kawan sebelah dia bisik-bisik dekat seorang lagi tu dekat sebelah kanan dia… selalunya mereka yang dalam kalangan warga asing ni sentiasa dalam kelompok bangsa mereka, tetapi perkara ini tidak berlaku untuk semua keadaan… Hari ini teryata sangkaan Saf terhadap mereka meleset sekali... Habis jer berbisik mereka terus bagi tempat duduk tu dekat Saf… Saf pun apalagi orang dah pelawa… tak baik kita menolak… dalam keadaan segan tapi mahu tu… Saf pun anjakkan diri untuk mengambil tempat tersebut… huhuhu… Alhamdulillah…  Semoga mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah kelak… Amin..


       Sebenarnya itu jer yang Saf nak sampaikan untuk hari ini… sambil-sambil jari jemari ni dah lama kebas sebab jarang menaip, So kena la bersenam sikit kasi panas badan… dah alang-alang ade cerita baik ni… taksalah rasanya kalau Saf nak kongsikan pengalaman baik ini untuk iktibar kepada masyarakat amnya… okey la … nampaknya idea nak menulis pun dah kering maka Saf ucapkan sekian terima kasih kerana sanggup membaca sampai habis coretan ini…. Wassalam daripada SafWanx… secangkir seyuman, sejuta kenangan… <3 <3 <3

Ahad, 24 Mac 2013

mak jemah sakit mata!

Tadi mak jemah pergi ke pasar tani, nak beli barang dapur... maklumlah bila dah janda ni semua kerja ke buat sendiri... dah alang kepalang dok rounder pasar tani Shah Alam tu... Shopping la kejab kat Gaint mall tu... entah macam mana duit lak tak bawak banyak. nak dijadikan cerita, mak jemah pergi beratur kat mesin ATM, nak cucuk duit. Tiba-tiba terserepak la pulak dengan dua ekor couple ni... bukan main sakan lagi berpeluk-peluk, bercium-cium... bagai nak rak depan mak jemah...berbulu mata mak jemah nak menengoknye #LEBAT_MASKARA_MAK_JEMAH. Mak jemah buat muka je la. Bebudak zaman sekarang, bukannya boleh di ditegur tak makan saman. Silap-silap kita yang dah kertu (kereput dan tua) ni pulak nanti yang kene sound. Sabar je la mak jemah...kalau la anak mak jemah le buat macam ni kat belakang mak jemah, aku kurungkan je diorang dalam bilik, call JAIS biar diorang tu bernikah tak la buat dosa. Diorang buat maksiat, aku yang menegok ni dapat dosa percuma je... harapan mak jemah bila kita dah hujung-hujung zaman ni cari la pintu-pintu bertaubat selagi ade masa... ok, Mak jemah ciao dulu ye.....

Isnin, 28 Januari 2013

Jemu makan ayam

Dulu masa aku tinggal dengan keluarga aku selalu mintak mak masakkan ayam. Tapi, bila dah pindah asrama politeknik hari-hari aku makan ayam. Kekadang tu rasa mual pulak. Mana taknye, hari tu lauk ayam, semalam lauk ayam, hari ni pun lauk ayam. esok lusa pun lauk ayam lagi rasanye. Yelah, kalau nak ambil ikan rasa tak minat pulak sebab ikan yang dimasak kat kafe ni jenis ikan spesis yang sama je diorang masak tiap-tiap hari, cuma kuah masakkan yang lain. Takpelah, nanti aku cuba-cuba jinakkan diri makan ikan dekat sini.